Powered By Blogger

masjid

masjid
rajin-rajin la gi masjid k

Rabu, 05 Maret 2008

perang uhud


Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

16 komentar:

Khairil_usim mengatakan...

salam kwn... byk tajuk blogspot... copy ke sendiri taip???? hahaha.. tulis byk2 kalu baca xpe, ni buat orang baca ta sendiri tak baca.... JANGAN MARAHHHHHHHHH

Irshadiah Addiniah mengatakan...

teruskan perjuangan wahai sahabat!!!

bDk pAhANg mengatakan...

salam...bagus ar ko sbb ajak kwn2 gi masjid.aku sokong ko.citer ko ni best gak...harap ader citer2 lain yer..salam..

puteri mengatakan...

salam..slmt mengimarahkan masjid...tidak di masjid nilai,di sutera bleh kot...?tp g solat la yer,bkn g wat roadblock...bak kata aizam,boleh copy paste,tp..diri sendiri kena bc la juga...br berkesan dakwah yg kita sampaikan...mana tahu,kat tgh jalan nanti der org tanya tntg sirah kat kita...k,
disamping wat keja yg di amanahkan,bleh juga kt berdakwah kan...dpt juga pahala, xbyk pun,ckit pun jadila...
yg penting usaha kita untuk menyampaikan dakwah,x bleh bil hal,bil lisan,x bleh bil lisan n bil hal, bil kitabah...k lah,slmt berjuang...do something kerana ALLAh,bkn krn USTAZ deh...
shahida n amirah

wangs mengatakan...

salam sahabat............bagus la cara kau dakwah orang. teruskan usaha mu ok.... salam jihad

HANAK mengatakan...

emm ye la 2,komen yang orang sebab nak suh orang komen yang dia.hehe
k anyway jayyid n teruskan perjuangan dlm menulis sirah2 rasul..moga ia bermanfaat tok semua..

ummuhurairah mengatakan...

selamat berjuang sahabatku.. semoga anda menjadi para pejuang islam seperti para sahabat yang berjuang dalam perang ini. syabas di atas persembahan yang menarik.

amani mengatakan...

salam..besla article awak..ape2 pun teruskan perjuangan dalam memartabatkan islam d mata dunia

helmy mengatakan...

lopeh baco baru den paham dan raso banggo dengan jalan cergito porang ni.....bestla kau.

ABDRANISAPIAI mengatakan...

best jgk cter dlm blog mu..ok, trskan usaha k..gud luck..salam...

zulfa mengatakan...

salam friend..
tahniah kerna berjaya menghasilkan 1 blog yg menarik ni..citer dier pn best gak,so jgn lupa jdkan ia bsgai panduan untk meneruskan kehidupan kita di bumi Allah ni,insya allah..jgn lupa komen kite ek..

mat_api mengatakan...

salam...
usaha yg amat baik dlm memartabatkan agama islam di samping meningkatkan pengetahuan dlm sirah rasul...trskan usaha anda n jgn give up k...tata

Ayuni mengatakan...

salam...bestkan, sebar cerrita tentang sirah rasul nie...teruskan penulisan anda...good luck!!!

azianiza mengatakan...

salm...
memaparkan sirah-sirah nabi adalah satu perbuatan yang murni...
semoga dapat keberkatan di dunia dan akhirat..

harap dapat menambahkan lagi kisah-kisah yang lebih menarik dan ringkas agar mudah di fahami oleh semua lapisan umur dan masyarakat..

jemputlah ziarah ke laman blog azi..
wassalam..

areda mengatakan...

salam,,,tahniah,,,teruskan perjuangan anda...

sweetsourgirlz mengatakan...

salam..
teruskan menulis cite2 yang menarik deh...
gud lark!